Archive for May 31, 2011

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
 
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
 
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
 
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
 
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
 
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
 
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
 
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
 
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
 
Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
 
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
 
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
 
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
 
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI-




-ADAKAH FILEM AKAN MENYEBABKAN REMAJA KITA LIAR


Siapakah Yang Paling Cergas Bermasturbate (melancap)

Fakta menunjukkan bahwa perilaku bermasturbasi tidak hanya dilakukan manusia. Banyak hewan juga melakukannya dengan perilaku yang berbeda-beda. Nah, bagaimana perilaku masturbasi itu, yuk diintip.

1. Gajah
Gajah melakukan masturbasi dengan cara menggosokkan alat kelaminnya ke batu. Keras memang, tapi itu mungkin bukan masalah bagi gajah.

2. Landak
Menjelang masa birahi, landak biasanya menggosok-gosok alat kelaminnya dengan makanan, air, atau barang-barang lain yang ditemukannya.

3. Tupai
Tupai jantan bisa melakukan masturbasi hingga ejakulasi, kemudian mengonsumsi hasil ejakulasinya sebagai “genital grooming” alias perawatan alat kelamin. Sperma hasil ejakulasi akan mempertahankan kelembaban alat kelamin.

4. Kura-kura
Kura-kura bermasturbasi dengan cara menggosok-gosokkan penisnya ke tembok, batu, atau permukaan lain.

5. “Walrus” atau gajah laut
Mungkin gajah laut yang paling unik. Mereka biasa menggunakan siripnya untuk bermasturbasi atau mulutnya untuk melakukan self fellatio alias oral seks mandiri.

6. Burung
Burung betina melakukan masturbasi dengan membengkokkan sayap bagian belakangnya sehingga bisa menyentuh kloaka, saluran reproduksi mereka. Kemudian, burung betina akan menggosok-gosok bagian itu.

7. Kuda
Kuda jantan melakukan masturbasi dengan menggosok-gosokkan penisnya ke bagian bawah perutnya. Sementara itu, kuda betina melakukan masturbasi dengan menggosokkan alat kelaminnya ke obyek lain.

8. Anjing
Anjing gemar bermasturbasi dengan menggosokkan alat kelaminnya ke obyek lain, termasuk manusia. Mereka juga suka menjilati dirinya.

9. Manusia
Manusia sangat goal oriented dalam hal bermasturbasi. Menurut mereka, masturbasi harus selalu diikuti dengan orgasme dan ejakulasi. Karena goal oriented-nya dan berbagai macam cara yang mereka miliki, manusia dikatakan paling cerdas dalam bermasturbasi.


Lagi Teknik Ciuman…Muuuuaahhhhh

Ciuman Pembuka

Jenis ciuman ini dapat dilakukan secara rileks sebagai tahap awal
melakukan hubungan. Meski rileks. jenis ciuman ini bisa
memberikan perasaan mesra di antara pasangan. Ciuman ini dilakukan
dengan mulut masih tertutup, dan beradu antara bibir dengan bibir.
Dilakukan dengan penuh kelembutan. Untuk menambah sensasi rasa, bisa
dilakukan dengan mata terpejam.Obyek ciuman pembuka tidak selalu harus
di bibir tapi bisa di pipi. kening. leher. rambut bahkan tangan.

Ciuman Kering

Ini merupakan lanjutan setelah ciuman pembuka. Tekniknya
adalah dengan sedikit membuka mulut saat berciuman, hembuskan sedikit
angin melalui mulut kemudian tempelkan dengan lembut dan perasaan
mesra. Tahanlah sebentar untuk menikmati getaran-getarannya. Setelah
itu angkat perlahan -lahan dan lakukan gerakan tersebut berulang-
ulang.

Ciuman Basah

Ciuman ini dilakukan dengan mulut membuka, kemudian dibasahi mulut
dengan lidah dengan gerakan memutar sehingga bibir terlihat basah dan
merekah oleh jilatan. Setelah bibir dirasa basah ciumkan pada bagian-
bagian tubuh pasangan anda. Dalam mencium mainkan lidah anda sehingga
menyentuh bibir atau kulit tubuh pasangan anda. Selain membasahi
daerah-daerah seperti disebutkan diatas juga bisa dilakukan di
punggung pasangan anda.

Model Sedot

Apa yang dilakukan dalam ciuman model sedot ini hampir sama dengan
ciuman model kulumxuma jika model kulum mengunakan lidah di ciuman
medel sedot yang di gunakan adalah mengandalkan tenaga bibir untuk
menyedot seperti saat anda menyedot minuman,atau seperti pada bayi
yang menyusu. Penekanan teknik ini adalh pada otot-otot sekitar mumut,
pipi dan leher. Tekniknya adalah dengan melakukan ciuman sembari
melakukan sedotan pada bagian tubuh seperti bibir atas bawah, puting
payudara. dada dan leher.

Model kuluman

Model ciuman dengan cara mengulum ini sangat nikmat dan bisa dengan
cepat menaikkan birahi. iaitu dengan mulut di ciumkan kemudian lidah
digerak-gerakkan seperti mengulum permen. Caranya majukan ujung bibir
dan buka sedikit kemudian disusul dengan lidah masuk ke daerah obyek
kuluman. Lakukan gerakan gerakan lidah dengan menyentuhkan bagian
lidah bagiab atas maupun bawah sedikit memberikan tekanan-tekanan,
terus lakukan memutar lidah sehingga tersentuh bagian lidah bagian
atas dan bawah secara bergantian. Bagian tubuh yang paling sensitif
dengan model kuluman ini adalah; mulut bagian dalam (saling mengulum),
puting payudara, klitoris, ujung jari dan ujung telingga.

Model Gigitan

Teknik ini merupakan upaya tingkatan lebih lanjut untuk meningkatkan
birahi saat anda menjalani proses berhubungan intim. Caranya adalah
dengan memberikan sedikit gigitan lembut pada daerah-daerah rangsangan
pasangan anda. Jika gigitan tersebut dipadu dengan jilatan lidah maka
sensasi yang ditimbulkan akan semakin terasa menyengat. Gigit diantara
gigi anda sebentar lalu lepaskan dan ulangi segera. Bekas gigitan
dengan warna merah akan menjadi kenangan indah setelah melakukan
hubungan seks.

Model ciuman dengan gigitan ini boleh anda lakukan di daerah sekitar
dada, payudara. punggung, leher, serta paha. Lakukan eksplorasi atas
berbagai teknik serta model berciuman di padu dengan naluri bercinta
yang anda miliki. Pindahkan ciuman ke bagian bagian lain setelah
bentuk serta model ciuman yang pertama ‘selesai’ dan biarkan ini
berlanjut sehingga terjadi birahi puncak dan ereksi total pada diri
anda dan pasangan sebelum melakukan hubungan seks.


Kisah Suami Beronani Yang Pentingkan Diri Sendiri

Saya seorang suami berusia 27 tahun dan mempunyai tiga anak. Masalah saya sejak akhir-akhir ini nafsu seks saya semakin menurun dan saya lebih suka beronani daripada bersama isteri. Apakah ia akan memberi kesan kepada diri saya. Saya perhatikan kerandut saya besar sebelah. Apakah keadaan ini normal atau sebaliknya.

SUAMI PASRAH
Kajang, Selangor

Satu keburukan beronani ialah pengamalnya akan bergantung kepadanya untuk melepaskan perasaan nafsu dan syahwat walaupun sudah beristeri. Mendapat bantuan isteri untuk merangsangkan anggota syahwat dengan tangan isteri diizinkan dalam Islam jika isteri uzur tetapi selain daripada itu tidak digalakkan.

Jadi amalan onani tanpa bermesra akan menjauhkan lelaki itu daripada isterinya dan jika ini berpanjangan keadaan rumah tangga akan porak-peranda. Jika lelaki itu ada masalah seksual, dia perlu mendapat rawatan sewajar jika tidak masalah itu akan menjadi berat.

Perasaan seksual hanya berputik jika kedua-dua pasangan itu mesra antara satu sama lain dan bergantung antara satu sama lain untuk ketenangan jiwa dan emosi.

Apabila komunikasi antara mereka rancak dan dapat menghuraikan apa juga perbalahan rumah tangga dan bekerjasama tanpa mementingkan diri sendiri, hubungan mereka akan sentiasa selesa dan mereka tidak perlu bersendirian untuk mendapat ketenangan jiwa.

Jika beronani sendiri dan mengelakkan diri untuk intim dengan pasangan, itu bermakna individu itu hanya pentingkan diri sendiri dan tidak prihatin dengan pasangan.

Jadi jika dia telah dapat keseronokan dengan cara sedemikian macam mana pula dengan pasangannya. Tanpa kemesraan dan keintiman, jiwa isteri akan tertekan dan ini akan memberi tekanan keseluruhan kepadanya. Sepatutnya perkara ini tidak harus berlaku jika pasangan memainkan peranan dan bermuafakat dalam urusan keintiman seksual.

Perasaan dingin boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan jika mereka yang mahukan sedemikian. Tepuk sebelah tangan tidak berbunyi, jadi mustahak untuk pasangan itu ketepikan kekusutan hubungan dan mencari penyelesaian.

Jika mereka ada masalah dan tidak dapat menghuraikannya mungkin boleh jumpa pembimbing perkahwinan untuk bantuan. Dengan minda terbuka tidak ada sebab masalah mereka tidak dapat diatasi.

Memang dalam keadaan tegang pintu penyelesaian tertutup, tetapi apabila kedua-duanya benar-benar memberi tumpuan pada masalah yang dialami, pintu penyelesaian akan terbuka.

Soal kerandut buah zakar, jika sebelah berkeadaan lebih kendur dari yang lagi satu dan perkara itu biasa untuknya, keadaan itu biasa. Jika perubahan ini menjadi ketara sejak kebelakangan ini kemungkinan ada masalah kebengkakkan atau masalah lain. Jika was-was jangan teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan doktor.


4 Tanda Isteri Anda Berlagak Puas

Justeru itu, mari kita lihat tanda-tanda sama ada isteri anda memang mencapai orgasme atau hanya berlakon jer. Ada 4 tanda yang boleh anda perhatikan sebagai panduan iaitu;


1. Rintihan yang terlalu kuat.


2. Suara rengekan yang tak seirama dengan apa yang sedang dilakukan atau terjadi.


3. Kemut yang tak dapat dirasai oleh alat sulit(zakar) suami.


4. Nafas isteri yang dihembus daripada cepat kepada normal dalam tempoh masa yang sekejap.


Namun, 4 tanda di atas bukanlah penanda muktamad yang isteri anda hanya pura-pura mencapai orgasme. Ini kerana setiap wanita mempunyai tindakbalas dan mencapai orgasme dengan cara yang berbeza.


Jangan la plak tak pasal-pasal tuduh isteri anda berlakon tanpa usul periksa yer. Tak eloklah macam tu, kan? Kesian dier…



Jalan penyelesaian terbaik adalah anda berusaha mempelajari teknik yang betul untuk memuaskan isteri. Itu adalah tanggungjawab seorang suami. Ketepikanlah ego anda seketika agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Bukan tu jer, isteri pun bertambah sayang nanti.


Kenali penyakit gout-Lelaki lebih berisiko

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor.

Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.


Kisah Lawak-Nyonya Punya Cerita…hehehe

Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk
kali pertama selepas memenangi loteri. Beliau check-in di sebuah hotel
mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan
Nyonya Mei Lee.

Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti
langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Nyonya Mei Lee melihat di sekelilingnya.
Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
“Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dali kampung, tatak tau duduk
hotel ka.. sudah baya latuh latuh, lu kasi ini bilik ka??! Kicik!! Talak
tibi, talak lemari talak apa pun??? Katil mau titun pun talak???, Haiyaaa..
mau tipu olang ka??!!”

Lalu pelayan itu pun menjawab…
“Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa….” ; )


Masuk Sosej Keluar Lembu-Lawak PG13

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus,akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya 2,terpaksala dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah,bapaknya diam aje (marah la 2),si anak dah rasa x best,so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia,dia kat Amerika gain something la dgn pekembangan teknologi…..so dia ckp dgn bapak dia.

Anak : Bapak,tau x,kat Amerika sekarang,teknologi dah maju giler,skarang nak buat sosej x payah nak sembelih2 lembu,buang2 kulit,masuk je lembu dalam machine,dah jadi sosej….

Bapak : tu teknologi dah lapuk la,kat Malaysia lg advance,Aku 32 tahun dulu,masukkan sosej, dah kluar lembu sekor..menyusahkan plak 2…


Adakah filem akan menyebabkan remaja kita menjadi liar??

Jadi liar terikut aksi filem

SOALAN

SAYA berharap sangat Dang Setia memaparkan rasa hati saya supaya penerbit dan pengarah filem atau drama televisyen terbuka fikiran mereka untuk memajukan anak bangsa sendiri.

Saya remaja berusia 20 tahun yang sangat terkilan dengan dunia perfileman sekarang. Saya mendapati remaja sekarang banyak terpesong akidah mereka.

Apabila saya bertanya kepada kawan sebaya, mereka berkata mereka jadi liar dan jadi mat rempit kerana terikut-ikut dengan aksi yang dipaparkan dalam filem mengenai golongan itu yang popular tidak berapa lama dulu.

Kata mereka, jadi mat rempit seronok kerana boleh hidup bebas, berzina dan ada ramai kawan. Senang cakap, ‘keseronokan’ itu mereka lihat menerusi filem berkenaan.

Masalah mat rempit dan zina memang sudah lama wujud, tapi keadaan kini semakin menjadi-jadi disebabkan adanya filem seperti itu. Saya kesal sangat kerana filem seperti itu dibenarkan untuk tayangan umum.

Pengeluar filem itu kata ia ada mesej, mesej apa? Yang saya tengok, mesejnya ialah ajar remaja berzina dan merempit. Mereka tahu remaja suka begitu, mereka pun buat filem seperti itu supaya dapat untung. Ya, kerana duit dan nama, maruah anak bangsa dan agama Islam tercemar.

HAMBA ALLAH
Pahang

JAWAPAN

Mungkin ada benarnya kata saudara bahawa filem berkenaan tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum kerana ia lebih banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat berbanding kesan positif.

Bagaimanapun, Dang Setia berpendapat kita perlu berlaku adil dan bersikap lebih rasional. Kegawatan moral dan berleluasanya gejala sosial di kalangan remaja sekarang berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Tidak adil untuk mengatakan ia disebabkan semata-mata disebabkan oleh satu filem, drama TV atau media massa. Semua ini antara penyumbang masalah, tapi ia bukan penyumbang tunggal.

Banyak unsur atau penyumbang lain turut perlu diambil kira, antaranya kurang kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran agama, kelemahan institusi kekeluargaan dan masyarakat serta kelemahan penguatkuasaan dalam hal berkaitan agama.

Dang Setia tidak mampu menghuraikan semua faktor itu di dalam ruangan ini yang terlalu terhad, namun rumusannya kita perlu faham bahawa persekitaran sekarang tidak kondusif untuk membentuk generasi ke arah positif, sebaliknya ia membentuk ancaman yang sungguh kuat untuk menghanyutkan mereka ke kancah negatif.

Bagaimanapun, dalam berdepan situasi ini kita tidak boleh sekadar menuding jari untuk mencari kesalahan pihak lain, sebaliknya perlu berusaha sebaik mungkin untuk memainkan peranan setakat yang termampu bagi memperbetulkan keadaan.

Apa yang perlu dilakukan? Setiap kita ada tanggungjawab atau amanah masing-masing. Tidak perlu bercita-cita terlalu besar.

Memelihara diri dan keluarga kita sudah mencukupi sebagai permulaan sebelum memperluaskannya ke persekitaran lebih besar secara perlahan-lahan.


Sejarah Tamadun Mesopatamia

Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti ‘antara dua sungai’)merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya termasuk dalam kawasan Iraq moden dan bahagian barat Iran.Jelasnya, tamadun ini terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Furat (Euphrates) yang dalam bahasa Arab, tamadun ini turut dikenali sebagai بين نهرين‎ (Bayn Nahrain: antara dua sungai). Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000 batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya. Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi.Sumer di selatan Mesopotamia biasanya dikenali sebagai “Buaian Tamadun (Cradle of civilization)”. Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu kota Akkad, Babylonia, Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-Baru, Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid. Selepas berakhir era tamadun Mesopotamia, kawasan ini diperintah oleh kuasa asing, terutamanya Empayar Achaemenid, Macedonia/Seleucid, Rashidun, Umayyad, Ottoman dan British empires.

Etimologi

Muka bumi daerah Mesopotamia dicipta semasa tempoh Hellenistic tanpa sempadan yang tepat, bagi merujuk kepada kawasan muka bumi yang luas dan kemungkinannya digunakan oleh Seleucid. Istilah biritum/birit narim bersamaan dengan konsep muka bumi yang sama dan dicipta pada masa pengaraban (Aramaic) daerah tersebut.Ia bagaimanapun diterima umum bahawa masyarakat Mesopotamia awal merujuk keseluruhan tanah pamah (alluvium) sebagai kalam dalam Sumerian (Harafiah. “tanah”). Istilah lebih kini seperti “Mesopotamia Raya” atau “Syro-Mesopotamia” telah diterima pakai bagi merujuk kepada muka bumi lebih luas bersamaan dengan Timur Near East atau Timur Tengah. Gelaran terkini adalah istilah PemusatEropah ([[Eurocentrism) diberikan kepada daerah tersebut pada pertengahan abad ke-19 oleh pelbagai pencerobohan kuasa Barat.


Kronologi pembentukan

Tamadun ini berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 SM-5000 SM. Pada sekitar tahun 3500 SM, wilayah ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Kedudukannya yang strategik menggalakkan pembentukan banyak kerajaan. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 SM yang menjadikan orang-orang Sumeria adalah pengasas bagi tamadun ini. Orang-orang Sumer mendiami bahagian selatan Lembah Tigris-Furat dari Nipppur hingga ke Teluk Parsi. Kerajaan ini berakhir dengan Chaldea yang jatuh pada 539 SM. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia dan membawanya kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia. Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman pemerintahan yang penting iaitu:
Sumeria — 3500 – 2340 SM
Akkadia — 2371 – 2006SM
Ur ke-3 — 2113 – 2006 SM
Isin dan Larsa — 2017 – 1763 SM
Babylon — 1894 – 1530 SM
Kassites (Zaman Gelap) — 1530 – 1100 SM
Assyria — 1100 – 626 SM
Chaldea — 626 – 539 SM

Organisasi Sosial

Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran.

Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta benda suaminya dan ayahnya dan boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.

Masyarakat

Orang-orang Sumer dikatakan berasal dari kawasan pergunungan. Ini ditunjukkan dengan bangunan-bangunan awal di Sumer didirikan dengan kayu balak dan teks-teks purba yang menyebut tentang dewa orang-orang Sumer yang tingal di kawasan pergunungan. Ada juga ahli sejarahwan yang berpendapat bahawa orang-orang Sumer merupakan campuran pelbagai ras dan tamadun iaitu gabungan unsur luar dan tempatan.

Di samping orang Sumer, terdapat satu lagi bangsa utama iaitu orang Semitik. Mereka mendiami bahagian tengah Mesopotamia yang juga dikenali sebagai Akkad dan berasal dari Semenanjung Tanah Arab. Mereka telah menubuhkan empayar pertama di Mesopotamia di bawah pemimpin mereka yang utama iaitu Sargon Agung yang dikenali sebagai Empayar Akkadia. Orang-orang Amorite dan Armaean juga merupakan suku bangsa Semitik yang memainkan peranan dalam sejarah Mesopotamia.


Dewa dan Dewi utama

Dewa Anu merupakan Dewa langit Sumeria. Dia berkahwin dengan Dewi Ki, tetapi dalam kepercayaan Mesopotamian lain dia mempunyai isteri yang dipanggil Uraš. Sungguhpun dia dianggap dewa paling penting dalam Dewa Dewi, dia memainkan peranan pasif dalam epik, membenarkan Enlil untuk mengambil keduduk sebagai dewa paling penting.
Dewa Enlil pada awalnya merupakan dewa paling berkuasa dalam kepercayaan Mesopotamia. Isterinya adalah Dewi Ninlil, dan anak-anaknya adalah Iškur (kadang-kala), Nanna – Suen, Nergal, Nisaba, Namtar, Ninurta (kadang-kala), Pabilsag, Nushu, Enbilulu, Uraš Zababa dan Ennugi. Kedudukannya pada puncak dewa dewi (pantheon) kemudiannya digantikan oleh Marduk dan kemudiannya oleh Ashur.
Dewa Enki (Ea) dewa kepada Eridu. Dia merupaka dewa hujan.
Dewa Marduk merupakan dewa utama Babylon. Apabila Babylon semakin berkuasa, mithologi mengangkat Marduk dari kedudukan asalnya sebagai dewa pertanian kepada dewa utama dalam pantheon.
Dewa Ashur merupakan dewa empayar Assyrian dan sama juga apabila Assyrians semakin berkuasa, mitos mereka mengangkat Ashur kepada kedudukan penting.
Dewa Gula atau Dewa Utu (dalam Sumeria), Shamash (dalam Akkadian) merupakan dewa matahari dan dewa keadilan.
Dewi Ishtar atau Dewi Inanna merupakan dewi seks dan perang.
Dewi Ereshkigal merupakan dewi Alam Bawah (Netherworld).
Dewa Nabu merupakan dewa tulisan Mesopotamia. Dia amat bijaksana, dan dipuji bagi keupayaannya untuk menulis. Di sesetengah tempat, dia dipercayai mengawal langit dan bumi. Kepentingannya semakin meningkat pada tempoh berikutnya.
Dewa Ninurta merupakan dewa perang Sumeria. Dia juga merupakan dewa hero.
Iškur (atau Dewa Adad) merupakan dewa ribut.
Dewa Erra kemungkinannya dewa kemarau. Dia sering disebut bersama dengan Dewa Adad dan Dewa Nergal bagi memusnahkan tanah.
Dewa Nergal kemungkinannya dewa wabak (plague). Dia juga merupakan pasangan kepada Dewa Ereshkigal.
Dewa Pazuzu, juga dikenali sebagai Dewa Zu, merupakan dewa jahat, yang mencuri kepingan (tablets ) masa depan Dewa Enlil, dan dibunuh kerana ini. Dia turut membawa penyakit yang tidak mempunyai penawar yang diketahui.

Pengkebumian

Beratus perkuburan telah dibongkar di sesetengah bahagian di Mesopotamia, memberi maklumat mengenai upacara pengkebumian Mesopotamian. Di bandar Ur, kebanyakan orang ditanam dalam perkuburan keluarga di bawah rumah mereka (sebagai mana di Catalhuyuk), bersama sebahagian barang milik. Beberapa didapati dibungkus dalam tikar dan karpet. Mayat anak kecil diletakkan dalam tempayan (jars) besar yang diletakkan di (capel) keluarga. Yang lain di dapati ditanam dalam perkuburan umum bandar. 17 kubur didapati dengan objek beharga dalamnya dan dipercayai kubur diraja.

Budaya

Muzik, lagu dan alat muzik.

Sesetengah lagu ditulis bagi dewa-dewi tetapi kebanyakkannya bagi menggambarkan peristiwa penting. Sungguhpun muzik dan lagu menghibur raja dan pemerintah, ia turut disukai oleh orang kebanyakan yang menyanyi dan menari di rumah mereka atau di pasar-pasar. Lagu dinyanyikan kepada kanak-kanak yang menyampaikannya kepada anak-anak mereka. Dengan itu lagu disampaikan melalui beberapa generasi sehinga seseorang menulisnya. Lagu-lagu ini melalui beberapa abad dan memberikan maklumat penting mengenai peristiwa bersejaraj yang akhirnya sampai kepada sejarahwan moden.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...