Archive for July 29, 2011
Adakah Ini Gambar Jin Di Masjid?
10 Ramuan Melampau Dalam Mee Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
"Hand sign" bagi pemeluk agama yahudi yang mempercayai lucifer
| Tahukah anda bangaimana tanda atau “Hand sign” bagi pemeluk agama yahudi yang mempercayai ucifer? Anda hanya akan mengetahuinya dengan melihat kumpulan-kumpulan rock membuat ‘Horned Hand’ iaitu dua jari telunjuk dan jari manis dinakkan ke atas dan yang lain digenggam.
Inilah Horned Hand yang digunakan bagi memberi tahu bahawa ia sebanarnya menyembah lucifer. logo ini menyorok melalaui beberapa maksud lain yang lebih difahami oleh masyarakat dunia seperti ianya bermasud rock dan peace. Sebenarnya tidak. Sungguh bijak si yahudi laknatullah ini.
Sekarang mari kita lihat siapa dikalangan ahli-ahli mereka yang aktif tetapi kita tidak mengetahuinya sebelum ini… Mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin dunia. Antaranya ialah:
Quote:
Jangan terkejut kalau manusia yang anda angkat-angkat selama ini adalah sebenarnya musuh dalam dalam selimut anda. Beliau adalah berketurunan yahudi yang bernama Saburjian. Ya, beliau sebenarnya beragama yahudi dan menyamar sebagai muslim tetapi menggunakan pentas Syiah. Kononnya seorang yang berani dan membela Islam. Tahu atau tidak bahawa anda dan saya telah ditipu dan dipermainkan hidup-hidup? Iran tidak akan diserang kerana mereka sebenarnya satu sekutu yang sangat dominan. Mereka berlakon dipentas dunia dengan begitu hebat sekali, tidak hairanlah kalau media yang sampai kepada kita sudah ditapis dahulu oleh puak-puak illuminati ini. Tetapi hakikatnya… Inilah Ahmadinejad yang sebenar, seorang yahudi dan syiah. Yahudi + Syiah = sama sahaja, tidak banyak beza antara dua agama ini. |
betul ke x???
Wallahualam…………
Makhluk Paling Hodoh DiDunia

Aren’t you glad nobody puts your face under a microscope? The Dobsonfly was featured in the Oklahoma Microscopy Society’s “Ugly Bug Contest.” The picture submitted into the contest was processed using a scanning electron microscope, which magnifies the bug 10 to 500 times their original size, revealing the true features of the bug. Sometimes the truth is best left untold.
Al Kisah Cerita Dongeng Batu Belah Batu Bertangkup
Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi.
Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyik bersedih kerana baru kehilangan suami dan terpaksa menjaga kedua-dua anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.
Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan tembakul.
“Wah, besarnya ikan yang mak dapat !” teriak Pekan kegembiraan.
” Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak teringin untuk memakan telur ikan tembakul ini,” kata Mak Tanjung.
Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur untuk dimasak gulai.
” Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan mencari kayu. Jika mak lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan. Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan tembakul untuk mak,” pesan Mak Tanjung kepada Melur.
Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan tembakul pula. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk ibunya. Melur dan Pekan tunggu hingga tengah hari tetapi ibu mereka tidak pulang juga. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur terus menyajikan nasi, telur ikan dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.
” Hmmm..sedap betul telur ikan ini,” kata Pekan sambil menikmati telur ikan goreng.
” Eh Pekan, janganlah asyik makan telur ikan sahaja. Makanlah nasi dan gulai juga,” pesan Melur kepada Pekan.
” Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur ikan tembakul ini ,” minta Pekan.
” Eh, telur ikan ini memang tidak banyak. Nah, ambil bahagian kakak ini,” jawab Melur.
Pekan terus memakan telur ikan kepunyaan kakaknya itu tanpa berfikir lagi. Enak betul rasa telur ikan tembakul itu! Setelah habis telur ikan dimakannya, Pekan meminta lagi.
” Kak, Pekan hendak lagi telur ikan,” minta Pekan kepada Melur.
” Eh , mana ada lagi ! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan yang tinggal itu untuk mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan sedikit telur ikan untuknya ,” kata Melur.
Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi Pekan tetap berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang disimpan oleh Melur untuk ibunya.
” Hah, rupa-rupanya ada lagi telur ikan! ” teriak Pekan dengan gembiranya.
” Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak,” teriak Melur.
Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus memakan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk ibunya.
” Mana telur ikan tembakul, Melur? ” tanya Mak Tanjung.
” Err… Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur cuba melarangnya tetapi….”
” Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? ” tanya Mak Tanjung.
Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang begitu hampa kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul.
” Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi….” sebak rasanya hati Mak Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya, Pekan itu.
Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan menuju ke hutan. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.
Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya pulang.
” Mak, jangan tinggalkkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak….” jerit Pekan sekuat hatinya.
Melur turut menangis dan berteriak, ” Mak, Kasihanilah kami! Mak!”
Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua batu belah batu bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.
Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan rayuan Melur dan Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu. Sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup.
Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu bertangkup. Namun ibu mereka tidak kelihatan juga.
Tak Pandai Beraksi-18SXX-Cerita Lawak

“Awak ni tak pandai beraksi di atas katil!!”
Esok paginya, lelaki tersebut memutuskan untuk meminta maaf dengan isterinya dan balik semula
kerumah. Setelah beberapa kali cuba menelifon isterinya, telefon tetap tidak diangkat…
Seketika kemudian barula ada jawapan.. dan isterinya menjawab dengan nafas tersekat².
“Kenapa lambat jawab dan kenapa dengan bernafas tersekat2… awak berlari?”
“Saya dari dalam bilik.”
“Dah tengahari macam ni pun masih tidur?” tanya suaminya.
“Tak… Sedang cuba pendapat dari orang kedua…”










