Penyanyi Era 70an Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia
Penyanyi era 70an yang amat terkenal
dengan lagu Selamat Hari Raya, Dato Ahmad Jais
telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi…Al-Fatihah…

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Ahmad Jais dilaporkan
meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan di sini
kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa.
Jenazah di akan di bawa di Masjid Negeri Shah
Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Seksyen 21.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa
rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September
lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.
Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas
pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat,
Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula
serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital
Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.
Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi
Ahad kerana mempunyai rekod perubatan di situ.