Archive for Berita Terkini

Banjir Di Jalan Tun Razak Berhampiran Perpustakaan

Video Banjir Kilat Di Kajang 2011

Video Banjir Di Kajang 2 Disember 2011 – Plaza Metro Kajang

Video – Malaysia 1-1 Indonesia [4-3 Penalti] Final SEA Games 2011

Video | Final Piala Malaysia 2011 | Negeri Sembilan Vs Terengganu | Gol S Kunalan

Video | Piala Malaysia 2011 Akhir | Gol Hairuddin Omar

Video | Piala Malaysia 2011 | Negeri Sembilan Vs Terengganu

Video Muammar Gaddafi Terbunuh Di Sirte

Kolonel Muammar Muhammad Al-Gaddafi Akhirnya Mati Ditembak

Kolonel Muammar Muhammad Al-Gaddafi Akhirnya Mati Ditembak

Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi(Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī (lahir 7 Jun 1942- 20 Oktober 2011) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar “mati syahid” jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan; pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte dan berjaya ditembak mati.

http://hebatpower.com/

Penyanyi Era 70an Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Penyanyi Era 70an Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Penyanyi era 70an yang amat terkenal
dengan lagu Selamat Hari Raya, Dato Ahmad Jais
telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi…Al-Fatihah…

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Ahmad Jais dilaporkan
meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan di sini
kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa.

Jenazah di akan di bawa di Masjid Negeri Shah
Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Seksyen 21.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa
rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September
lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas
pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat,
Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula
serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital
Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi
Ahad kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...