Archive for Kecantikkan

Amalan Bersedekah Dalam Islam

Sering kita mendengar banyak anjuran untuk bersedekah. Namun tidak sedikit yang bertanya-tanya bagaimana memulainya dan kepada siapa saja. Berikut ini adalah panduan yang disampaikan oleh Rasullullah SAW, melalui beberapa riwayat yang disampaikan dari para sahabat beliau.

“Sedekah kepada fakir miskin bernilai satu sedekah. Sedangkan sedekah kepada kerabat mempunyai dua nilai; sedekah dan menyambung silaturahim.” 


“Mendamaikan antara dua orang adalah sedekah”, 
“Membantu dan menaikkan barang seseorang ke atas kendaraannya adalah sedekah, “ 
“Ucapan yang baik adalah sedekah, “ 
“Setiap langkah menuju masjid adalah sedekah”, dan 
“Menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dari jalan adalah sedekah.”

“Tidaklah seorang muslim yang bercucuk tanam, kecuali setiap tanamannya yang dimakannya bernilai sedekah baginya, apa yang dicuri orang darinya menjadi sedekah baginya, apa yang dimakan binatang liar menjadi sedekah baginya, apa yang dimakan burung menjadi sedekah baginya, dan tidaklah seseorang mengambil darinya, melainkah ia menjadi sedekah baginya.”

Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW pun bersabda:

“Seorang muslim, jika memberikan nafkah kepada keluarganya, sementara ia ikhlas, maka nafkah itu akan menjadi sedekah baginya.”

“Pemberian nafkah seseorang kepada keluarganya adalah sedekah.”
…, dan persetubuhanmu terhadap isterimu adalah berpahala.” Kami lantas bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin seorang yang melepas syahwatnya boleh menjadi sedekah?” Beliau menjawab: “Ya, apa pendapatmu jika syahwat itu di letakkan di tempat yang Allah haramkan, bukankah itu akan menjadi dosa?”´Kami menjawab, “Tentu.” Beliau bersabda: “Demikian juga kalau diletakkan pada sesuatu yang Allah halalkan, maka ia akan menjadi sedekah.”

Sedemikian mudahnya dan banyaknya pintu-pintu bersedekah, hingga Rasullullah SAW prnah menyampaikan bahwa:

“Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” 

Para sahabat bertanya; “Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Berusaha dengan tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.’ Mereka bertanya; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.’ Mereka bertanya; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau bersabda; menyuruh melakukan yang ma’ruf’ dia berkata; ‘Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.’

 

Oleh itu wahai pembaca sekelian, marilah kita sama-sama meringankan diri dan hati kita untuk bersedekah terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.

Carian Terkini:

Seorang Lelaki Yang Menolong Seekor Anjing

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda (yang ertinya), “Ketika seorang laki-laki dalam perjalanan, ia kehausan. Ia masuk ke dalam perigi yang curam, lalu minum di sana. Kemudian ia keluar, tiba-tiba ia mendapati seekor anjing di luar perigi yang sedang menjulurkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembab karena kehausan. Orang itu berkata, ‘Anjing ini telah merasakan apa yang baru saja aku rasakan.’ Kemudian, ia kembali turun ke perigi dan memenuhi sepatunya dengan air, lalu membawanya naik dengan menggigit sepatu itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya tadi, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosa-dosanya.

Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah kalau kami mengasihi binatang, kami mendapatkan pahala? Beliau bersabda, ‘Berbuat baiklah kepada setiap makhluk, pasti kamu akan mendapatkan pahala’.” (HR Bukhari dan Mulsim)

Ternyata di dalam Islam tidak ada ruginya berbuat baik kepada sesama makhluk. Meskipun terhadap seekor anjing, bukan bererti harus berbuat semena-mena. Bahkan, ketika dihadapkan pada suatu keadaan yang membuat seokor anjing itu perlu ditolong, seseorang hendaknya menolongnya. Kerana, perbuatan baik itu akan dibalas oleh Allah dengan imbalan yang berlipat ganda. Mengapa berlipat ganda? Cuba Saudara bayangkan, hanya menolong seekor anjing dengan sedikit air saja, Allah kemudian berterima kasih dan mengampuni dosa-dosa orang tersebut. Bukankah itu imbalan yang berlipat ganda? Oleh kerana itu, tidak ada ruginya berbuat baik kepada sesama makhluk hidup.

Jaga Hati dari Hepatitis

Hepatitis merupakan salah satu penyakit yang membayakan jika tidak segera ditangani. Penyakit yang menyerang hati atau liver ini semakin berbahaya karena gejalanya yang tidak selalu tampak. Mengetahui lebih jauh tentang hepatitis dapat membantu Anda dan orang yang Anda sayangi dari penyakit ini. Selengkapnya dapat Anda baca pada artikel berikut: Jaga Hati dari Hepatitis.



Tips Membuat Scrub Sendiri Di Rumah

Adakah kulit tubuh anda kelihatan kusam, kasar dan warnanya tidak sekata. Jika kulit tubuh anda sedemikian rupa, cubalah melakukan scrub untuk merawat kulit anda kerana faktor tersebut adalah disebabkan oleh terkumpulnya sel-sel mati di kulit anda yang mengakibatkan kekasaran dan warna kulit tidak sekata.

Anda boleh melakukan rawatan di salon atau membeli scrub yang telah sedia ada di pasaran dan melakukan sendiri di rumah. Anda juga boleh membuat scrub anda sendiri di rumah kerana kosnya jauh lebih murah berbanding jika anda mendapat rawatan ini di salon kecantikan.

Caranya mudah sahaja, iaitu goreng 2 cawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kemudian sejukkan dan kisar menjadi butiran halus agar sesuai untuk dijadikan scrub. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk menggunakan scrub ini tidaklah begitu sukar. Sebelum anda mandi sapukan minyak bayi atau minyak zaitun pada keseluruhan tubuh anda dan biar seketika untuk melonggarkan sel-sel mati dan memberi kesan pelincir pada kulit anda. Ambil 3 sudu beras kisar tadi dan campurkan dengan perahan air limau nipis atau limau purut atau asam jawa dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan campuran tadi di keseluruh tubuh dan kulit anda terutama di kawasan yang kusam dan kasar. Biar ia kering di tubuh anda kemudian bilaslah.

Untuk mendapat kesan yang maksima selepas anda scrub tubuh anda buatlah rawatan mandi susu atau mandi bunga mawar. Bila telah selesai sapukan tubuh anda dengan minyak bayi yang telah bercampur dengan vitamin E atau lotion badan. Buatlah rawatan ini seminggu sekali.

Tips Kulit kekal sihat dan cantik

Asas kecantikan kulit adalah kebersihannya. Rutin membersihkan wajah seperti mencuci, menyegar dan melembab adalah wajib untuk anda patuhi. Begitu juga faktor pemakanan, persekitaran yang sihat dan tidur yang cukup adalah sangat penting untuk kecantikan kulit anda.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda untuk mencantikkan kulit.

1. Membersih. menyegar dan melembab. Carilah pencuci wajah dan toner yang benar-benar serasi dengan kulit anda. Tidak kira apa jenis kulit anda, memakai pelembab wajah adalah sangat penting sekurang-kurangnya sekali sehari. Ianya dapat membantu memelihara dan melindungi kulit anda secara luaran dan dalaman.

2. Krim mata. Kulit di sekitar mata tidak mengandungi tisu lemak dan mudah menyebabkan munculnya kedutan. Krim khas untuk mata di formulasi untuk menebalkan kulit di sekitar mata agar ia lebih kuat. Sapukan krim mata pada waktu malam kerana proses pembaharuan sel berkesan dua kali ganda sewaktu anda tidur.

3. Gunakan air sejuk atau biasa untuk mencuci wajah anda. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana ia akan mengeringkan kulit anda.

4. Gunakan Scrub dan mask atau topeng wajah. Scrub bertindak menanggalkan sel-sel mati dan membersihkan kulit anda secara mendalam manakala topeng wajah dapat memberi kesegaran pada kulit dan mengecilkan pori-pori. Gunakanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

5. Ambillah pemakanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau serta suplemen untuk kulit. Elakkan kulit anda dari persekitaran yang tidak sihat seperti terdedah kepada asap rokok dan cahaya matahari yang kuat kerana ia akan menyebabkan pigmentasi pada kulit. Gunakan sunblock untuk memberi perlindungan pada kulit ketika melakukan aktiviti di luar.

6. Tidur yang cukup adalah sangat baik untuk pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Pastikan anda cukup tidur untuk menjana kesihatan kulit.

7. Minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air dapat memberi kelembapan pada kulit dan dapat membantu membuang toksid dalam badan anda secara semula jadi. Toksid dalam badan jika terkumpul dengan banyak akan menyebabkan penyakit dan mempengaruhi kesihatan kulit anda.

Tips Kuruskan badan

Adakah berat badan anda melebihi dari berat yang sepatutnya. Anda telah mencuba menurunkan berat badan tetapi masih tidak berjaya. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan.

1. Kurangkan pengambilan nasi dan makanan berlemak. Cuba gantikan dengan pengambilan roti berserat tinggi untuk mendapatkan karbohidrat bagi membekalkan tenaga untuk tubuh anda.

2. Lakukan senaman atau berjoging bagi mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

3. Amalkan melakukan sit-up paling kurang 30 kali setiap hari bagi mengempiskan perut anda dan senaman angkat kaki bagi mengelakkan lemak terkumpul di bahagian peha dan punggung.

4. Amalkan makan malam sebelum pukul tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat pada waktu malam kerana kadar meta bolisma yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.

5. Tukar cara penyediaan makanan anda setiap hari dari kaedah menggoreng atau menumis kepada kaedah yang lebih sihat seperti mengukus atau memanggang.

6. Banyakkan pengambilan Sayur- sayuran dan buah-buahan. Penuhkan peti sejuk anda dengan karot, tomato, limau, epal, kobis bunga, brokoli, pelbagai jenis salad, yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, air soya dan sebagainya.

7. Jika anda ingin memakan snek, cubalah anda memakan buah-buahan, buah tomato dan karot secara mentah. Untuk menyedapkan rasanya cuba campurkan dengan yogurt rendah lemak. Makan sehingga kenyang pun tidak mengapa kerana ia adalah makanan yang sihat.

8. Dalam proses diet, jika anda lapar, cubalah mengambil kekacang kerana kekacang dapat mengurangkan rasa lapar. Bijirin juga elok untuk kesihatan. Campurkan bijirin dengan susu rendah lemak untuk sarapan pagi.

9. Jika anda mengambil minuman, minumlah air limau nipis atau lemon kerana ia dapat membantu pembakaran lemak.

10. Keraplah lakukan sauna, kerana dengan melakukan sauna dapat membantu pembakaran lemak dan menurunkan berat badan.

11. Kurangkan makanan yang manis dan bergula kerana 1 sudu gula mengandungi 32 kilokalori. Banyakkan minum air putih.

12. Jika anda ingin menumis masakan cuba gantikan minyak masak dengan minyak zaitun kerana minyak zaitun adalah minyak yang sihat untuk anda gunakan.

13. Banyakkan pengambilan ikan dan tauhu dari daging merah atau ayam untuk mendapatkan protien untuk tubuh anda kerana daging merah mengandungi kadar lemak yang tinggi.

14. Pilihlah makanan berempah seperti cili, lada hitam dan biji sawi kerana ianya dapat membantu membakar lemak di dalam badan anda.

15. Banyakkan memakan ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, kacang botol dan sebagainya kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Tips Penjagaan Gigi

Bagi menjaga kesihatan dan kebersihan gigi, berikut adalah tips penjagaan yang disarankan.

1. Elakkan makan terlalu manis dan mudah melekat di celah-celah gigi.

2. Jangan merokok kerana rokok menyebabkan gigi anda kekuningan dan mengakibatkan mulut anda berbau.

3. Gunakan dental floss untuk membersihkan celah celah gigi anda. Jangan sekali-kali menggunakan pencungkil gigi kerana ia mencederakan gusi anda.

4. Gosoklah gigi anda dua kali sehari . Lebih baik jika anda jika anda mengosok setiap kali lepas makan.

5. Gunakan cecair kumuhan selepas anda membersihkan gigi untuk membunuh kuman.

6. Jagalah pemakanan anda. Banyakkan mengambil makanan yang mengandungi kalsium seperti susu dan keju untuk menguatkan struktur gigi anda.

7. Berjumpalah dengan doktor gigi setiap 6 bulan sekali untuk mendapat rawatan dan nasihat.

Tips Menegangkan Payudara

Payudara wanita adalah salah satu aset paling berharga dan rata-rata wanita sangat mementingkan kecantikannya dan keanjalannya.

Terdapat banyak produk di pasaran yang sesetengahnya terbukti berkesan dalam menyerlahkan dan mencantikkan lagi bentuk payudara wanita. Tetapi tidak semuanya selamat. Anda yang menghadapi masalah keanjalan payudara sebaik-baiknya mendapatkan nasihat pakar agar tidak menghadapi risiko yang tidak baik.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan payudara adalah termasuk pemakanan yang tidak betul, vitamin atau mineral yang tidak mencukupi, menghadapi tekanan yang berlebihan dan kurang melakukan senaman.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda dalam memelihara bentuk payudara anda.

1. Ambillah makanan yang berkhasiat seperti susu, sayuran serta buah-buahan yang mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk pembesaran payudara anda. Mulakan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat ini sejak anda remaja lagi dan kekalkan supaya payudara anda sentiasa mendapat zat cukup. Pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan pembesarannya terbantut.

2. Tidur yang cukup dapat membantu perkembangan sel-sel payudara disamping mengurangkan tekanan.

3. Pemilihan pakaian dalam atau bra yang betul. Kebanyakan wanita melakukan kesilapan dalam pemilihan bra di mana kesilapan ini akan menyebabkan masalah keanjalan payudara. Jangan memakai bra yang terlalu ketat yang boleh menyebabkan pembesaran payudara anda terbantut manakala pemakaian bra yang terlalu longgar akan menyebabkan bentuk payudara anda tidak anjal dan tidak cantik.

4. Keraplah menekapkan payudara anda dengan kain yang berisi ais kerana ais dapat membantu menganjal dan menegangkan payudara.

5. Rajinlah melakukan senaman untuk menguatkan otot payudara anda. Jika anda kerap melakukan senaman otot payudara anda akan menjadi kuat justeru dapat mengekalkan kecantikan bentuk payudara anda.

Khasiat Kunyit

Kunyit bukan sahaja boleh di gunakan untuk tujuan masakan sebagai penambah rasa tetapi ia mempunyai khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ia adalah salah satu daripada bahan herba semulajadi yang sangat berguna untuk wanita yang baru bersalin yang di campurkan bahan-bahan lain untuk dijadikan jamu. Dari segi kecantikan pula kunyit di jadikan campuran scrub atau lulur untuk menghaluskan kulit. Air kunyit jika di minum sangat elok untuk penyembuhan dalaman wanita.

Selain dari itu kaun India tradisional, kunyit dijadikan penawar untuk menyembuhkan penyakit seperti batuk, demam selsema dan penyembuhan luka. Para Saintis juga turut menyelidik apakah kunyit ini sangat baik untuk untuk tujuan perubatan. Hasil dari penyelidikan, mereka mendapati kunyit mempunyai khasiat berikut:
1. Anti-bakteria
2. Anti Ameba
3. Anti-histamina
4. Anti-radang
5. Anti-oksidan
6. Anti-reumatik
7. Anti-flatulen
8. Mengurangkan penyakit kencing manis
9. Meningkatkan kepekatan jus hempedu, bagi tujuan penghadaman.
10. Mengurangkan kolesterol pada Arteri Koronari
11. Mengurangkan tekanan darah
12. Menyembuhkan kebanyakan daripada penyakit penyakit respiratori

Tips Awet Muda

Walaupun kita tidak dapat mencegah peningkatan umur, namun kita boleh melambatkan penuaan dan kedutan pada wajah. Berikut adalah tips-tips berguna untuk melambatkan penuaan pada kulit wajah anda.

1. Jika anda merokok berhentilah dengan segera kerana kandungan nikotin di dalam rokok dapat mempercepatkan kedutan terutama pada mata, keliling bibir dan dahi. Asap rokok menyebabkan kulit anda cepat kelihatan kusam dan kasar.

2. Pastikan tidur anda mencukupi iaitu selama 8 jam sehari. Tidur adalah sangat penting bagi membina sel-sel baru untuk kulit.

3. Sebelum tidur bersihkan wajah anda dari sebarang solekan. Gunakan krim malam ( anti penuaan ) dan krim untuk mata anda. Untuk siang hari gunakanlah moisturiser untuk mengelakkan kekeringan pada kulit. Kulit yang kering akan memyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat.

4. Lakukan senaman yang dapat mengeluarkan peluh setiap hari paling kurang 1 jam. Proses pengeluaran peluh sangat baik untuk kulit di samping dapat menguatkan organ-organ dalam badan.

5. Jagalah pemakanan anda. Banyakkan mengambil makanan secara segar seperti susu, sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah-buahan yang berwarna sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi bahan anti oksida. Antaranya seperti tomato, epal, papaya, limau, lobak merah, anggur dan sayur-sayuran hijau.

6. Jika anda mengambil minuman pilihlah air suam, air soya, susu, teh hijau dan jus buah-buahan, kerana minuman tersebut kaya dengan mineral yang di perlukan oleh badan juga mengandungi bahan anti oksida.

7. Ambillah supplemen tambahan seperti multi vitamin, vitamin C dan vitamin E.

8. Minum air secukupnya paling kurang 8 gelas setiap hari kerana air dapat membantu mengelakkan kekeringan pada kulit serta dapat membuang toksin dalam tubuh badan secara semulajadi.

9. Elakkan dari mengambil minuman beralkohol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...