Archive for Koleksi Petua

2 Ubat Menyembuhkan Gelegata

Badan anda gatal-gatal, miang ataupun berbintil-bintil ke? Kalau ya, berkemungkinan anda terkena gelegata nie.

Apa benda gelegata tu??

Gelegata = sejenis penyakit kulit, bedan-bedan, bengkak-bengkak atau bintil-bintil pada badan kerana panas dll

Eee… Jadi, apa yang harus saya buat??

Di sini saya kongsikan 2 pilihan untuk anda. Pertama, anda berubat dengan daun sirih. Keduanya dengan berganggang.

Apa pula berganggang tu??

Ada banyak maksud. Antaranya = sedang disalai (dengan api) atau berdiang

Cara #1

1. Ambil beberapa helai daun sirih dan layurkan.

2. Kemudian, letakkan saja daun tersebut pada bahagian yang terlibat.

3. Ulangi cara ini dengan daun sirih yang baru sehinggalah anda benar-benar sembuh.

Cara #2

Kaedah inilah yang dinamakan berganggang. Jom ikuti langkah demi langkah berganggang.

1. Ambil beberapa sabut kelapa yang kering.

Sabut Kelapa
Sabut Kelapa – indonetwork.co.id

2. Nyalakan api pada sabut hingga menjadi bara dan berasap.

3. Kemudian, asapkan bahagian badan anda yang kena gelegata.

4. Cara ini juga perlu diulangi dengan menggunakan sabut kelapa yang baru sampai anda sembuh.
Owhh yea… sementara belum sembuh, elakkan diri anda daripada terkena angin atau sejuk. Begitu juga dengan air. Jadi, jangan mandi buat sementara waktu. Busuk pun busuklah. hehehe….

Selamat Mencuba!

p.s: Berdiang pula maksudnya dekat dengan api (unggun api, dapur) untuk memanaskan badan.

Rahsia Magnet Duit – Dapat Ganjaran Dengan MEMBERI?

Rahsia Magnet Duit – Dapat Ganjaran Dengan MEMBERI?
Sementara menunggu berbuka, saya meluangkan sedikit masa dengan membaca satu ebook. Tajuknya Rahsia Magnet Duit. Bagi memudahkan pembacaan, saya pun “print” ebook tu. Sambil tu, saya rasa ada seperkara yang berguna patut dikongsikan bersama anda. Iaitu berkaitan dengan amalan MEMBERI.
Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni. Kita digalakkan bersedekah, bertukar-tukar juadah sesama jiran serta memberikan makanan kepada mereka yang berpuasa ketika berbuka, kan?

 

Oleh itu, saya nak kongsi petikan yang diambil dari ebook Rahsia Magnet Duit berkaitan dengan “memberi”.

Memberi -

Tahukah anda dengan memberi, anda juga akan memperolehi ganjaran. Memberi adalah satu energi yang tidak hanya membantu orang lain, tetapi ianya juga mencipta lebih banyak lagi kepada yang memberi.

 

Wang adalah energi yang perlu mengalir. Jika anda takut untuk memberi, ego dan kedekut, itu bermakna anda telah menghentikan aliran wang tersebut.

 

Jika darah di dalam badan dapat mengalir dengan bebas, ini bermakna badan anda sihat dan sebaliknya jika ia terhenti bermakna kita mempunyai masalah kesihatan.

 

Begitu juga dengan wang, jika wang tidak mengalir dengan sepatutnya ini bermakna ekonomi anda tidak sihat. Jadi cara untuk mendapatkan aliran wang yang baik adalah dengan memberi.

 

Jangan takut untuk memberi dan jangan bimbang tentang kehilangannya kerana alam semesta tahu apa yang dilakukan.

 

Mudah-mudahan setelah membaca petikan di atas, anda dan saya dapat sesuatu yang bermanfaat tentang “memberi”.

Sekian, terima kasih & Selamat Berbuka. =D

Rahsia Magnet Duit – Dapat Ganjaran Dengan MEMBERI?

4 Menu Cadangan Untuk Bersahur

Bagi anda yang menjalani ibadah puasa, tentulah bersahur, kan? Kalau tak, nanti ada pula yang jadikannya alasan untuk memonteng. Memang dah tak boleh pakai langsung alasan tu. Dah lapuk. Hehe…

Cuma ada kalanya agak buntu memikirkan mengenai menu sahur. Menu apa yang sesuai untuk mengelakkan lekas lapar. Kalau ada anak-anak yang baru belajar puasa, menu apa pula yang boleh menarik minat mereka untuk makan sahur. Ermmm…

Menurut pakar pemakanan chewwahh!, menu sahur yang terbaik adalah yang mampu memenuhi keperluan tubuh serta mampu mengelakkan lekas lapar.

Umumnya, anda bolehlah makanan yang tinggi kandungan serat serta protein. Dalam pada itu, makanan itu perlulah mengandungi karbohidrat dan vitamin.

Berikut adalah menu cadangan bersahur untuk anda;

1. Oat yang dibancuh sendiri. Tambahkan sedikit buah-buahan seperti aprikot, barli, kurma ataupun strawberi. 

Oat untuk Bersahur
Oat – foodchannel.com

Tapi bukan oat yang 3 dalam 1 tu yea.

2. Andainya anda tak boleh tinggalkan nasi, cuba beralih kepada beras perang.
Beras Perang untuk Bersahur
Beras perang – copywriterskitchen.com

Sebagai pelengkap, pilihlah sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan.
3. Sekiranya anda tiada selera terhadap nasi, ambillah sandwic tuna. Selain tuna, isi ayam panggang tanpa kulit pun boleh dijadikan inti.

Sandwic Tuna untuk Bersahur
Sandwic tuna – simplyrecipes.com
4. Katakanlah anda tersedar pun dah lewat, tak sempat nak siapkan salah satu menu di atas…

Anda boleh makan yogurt rendah lemak bersama pisang sebagai ganti yea.
Selain makanan, minuman pun penting. Segelas susu rendah lemak bersama 2 gelas air masak adalah pilihan terbaik. Jikalau minum air terlalu banyak, nanti perut anda tak larat nak tampung makanan lain.

Selamat Bersahur yea. ;)

Cara Melentikkan Bulu Mata Dengan Lidah Buaya

Bulu mata yang lentik membuatkan si pemiliknya dikagumi. Dulu masa sekolah, saya ada seorang kawan. Lelaki. Tapi bulu mata dia memang lentik. Asli. Dek kerana kelebihan itu, ramai yang memujinya. Terutamanya yang perempuan lah.

Sekarang ni, ada tak di antara anda yang teringin memiliki bulu mata yang lentik? Kalau ada, petua kali ini saya tujukan khas buat anda. Iaitu cara melentikkan bulu mata.

Memula, anda sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;

~ Tangkai daun sirih

~ Lendir daun lidah buaya

lendir atau gel lidah buaya
Lendir @ gel lidah buaya

Seterusnya, apa yang perlu anda buat ialah;

1. Bersihkan dulu tangkai daun sirih tadi.

2. Celupkan tangkai tersebut pada lendir daun lidah buaya.

3. Sapukan lendir tersebut pada bulu mata anda.

4. Amalkan cara ini setiap hari sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.

[-PENTING!-] 
Tapi ada seperkara yang anda perlu tahu. Semasa mengamalkan petua ini, hentikan sementara pemakaian maskara. Tujuannya bagi menjaga kesihatan bulu mata anda. Harap anda dapat mengikuti cara melentikkan bulu mata di atas dan aturannya yea.

Selamat Mencuba!

Mengapa Anda Tetap Perlukan Nasi

Sesetengah orang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan semata-mata nak menurunkan berat badan. Malah yang sampai bertahun-tahun pun ada. Tapi, adakah cara tersebut praktikal? Terus terang cakap, saya tak sanggup.

Saya percaya anda semua tahu nasi tinggi karbohidrat. Kalau diambil berlebihan memang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi anda mesti sedar bahawa ia boleh dielakkan jika diambil secara berpatutan. Tak gitu?
Sebagai contoh, katakanlah anda tak makan nasi. Tapi pada masa yang sama anda memakan makanan lain secara berlebihan. Risiko untuk GEMUK tetap ada.
Nasi Perang
Nasi perang – thefreshfridge.com



Baiklah, di sini terdapat 3 sebab anda tetap perlukan nasi setiap hari;

1. Meningkatkan “mood”

Karbohidrat membantu pengeluaran serotonin. Serotonin ni sejenis bahan kimia dalam otak yang meransang perasaan gembira seseorang.

Kajian juga menunjukkan indvidu yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 tahun, lebih mudah tertekan, gelisah dan mudah marah.

2. Mencegah lemak

Hahha. Jangan tak percaya pula. Kajian daripada Journal of Nutrition mendapati pengambilan sarapan yang mengandungi karbohidrat tidak menaikkan paras gula dalam darah. Sekiranya anda mengambil karbohidrat 3 jam sebelum latihan atau melakukan sebarang aktiviti, ia membantu membakar lemak berlebihan.

3. Meningkatkan tahap ingatan

Kajian daripada Tufts University pula mendedahkan bahawa wanita yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 minggu mengalami kekurangan daripada segi tahap daya ingatan.

Tahap ingatan mereka lebih rendah berbanding mereka yang menjalani diet rendah kalori.

Kesimpulannya, bagi yang bimbang nasi akan menyebabkan kegemukan ubahlah persepsi anda mulai sekarang. Ambil nasi pada kuantiti yang sepatutnya seiring dengan keperluan tubuh anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil beras perang sebagai ganti.

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Gula

Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya. Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.

Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Perbanyakkanlah berdoa. Terutamanya ketika hendak berbuka. Sambil meyiapkan juadah berbuka pun boleh berdoa. Gunakan peluang yang diberikan-Nya sebaik mungkin yea. ;)

Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.
gambar gula pasir
Proses ini dinamakan pengelupasan atau “exfoliating”. Di mana ia diyakini membantu mencerahkan kulit anda serta kelihatan berseri-seri. chewwahhh macam nak kawin la plak

Oke. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;

1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.

2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.

8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.
Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Mudah dan ringkas, kan?

Selamat Mencuba!

4 Hidangan Kempiskan Perut

Dalam bulan puasa, kebanyakan kita pastinya berazam untuk mengempiskan perut. Jika tidak bulan ini, bila lagi, kan? Tetapi dek kerana tergoda dengan juadah yang menggiurkan di bazar ramadhan, hasrat itu semakin dilupakan. Godaan banyak sangat, mana tahan beb! Huhu…

Sehubungan ini, saya ingin kongsi sedikit beberapa jenis makanan yang membantu kita mengempiskan perut. Secara umumnya, kita memerlukan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Ini bagi mengelakkan dehidrasi.

Dehidrasi mengakibatkan tubuh kita menyimpan lebih banyak air. Di mana masa inilah berlakunya pembengkakan dan perut kembung. Itu yang kekadang kita pelik, kenapalah perut aku ni buncit semacam jer, kan?
Justeru, sekiranya hal ini terjadi, kita perlulah minum banyak air masak. Itu salah satu caranya.
Di samping banyakkan meminum air masak, kita perlu ambil tembikai. Tembikai mengandungi diuretic semulajadi yang membuatkan kita sering buang air kecil. Secara tak langsung, perut yang buncit pun akan mengempislah.
Selain tembikai, kita boleh pilih blueberry. Buah beri biru ini memang kaya dengan anti-oksidan bagi mengurangkan lemak perut.

Kemudiannya asparagus. Sup asparagus juga merupakan diuretik semulajadi yang membantu mengurangkan berat air dalam badan.

3 jenis asparagus
3 jenis asparagus – wikipedia.org


Begitu juga dengan ikan salmon. Kalau buat sushi sedap ni Ia kaya dengan Omega 3 yang membantu melancarkan sistem pencernaan kita.
ikan salmon panggang
Ikan salmon panggang – myrecipes.com
Akhir sekali ialah buah-buahan sitrus seperti lemon, limau mandarin, limau nipis dan jenis limau yang lain. Dengan meminum minuman jenis sitrus ini pun dapat melancarkan sistem pencernaan kita.

contoh buah citrus
Contoh buah citrus – wikipedia.org
Ah-ha!! Begitulah antara hidangan yang boleh kita utamakan sekiranya mahu mengempiskan perut. Bukan hanya di bulan Ramadhan. Malah, di bulan-bulan lain juga. Moga cara dan tip kempiskan perut di atas memberi nafas baru kepada kita yang berazam mengempiskan perut. 
Semoga berjaya yea. =)

Petua Atasi Kulit Bersisik Dengan Nanas

Masalah kulit bersisik sikit sebanyak memang membimbangkan. Kita juga kurang selesa dengan keadaan kulit bersisik ni, kan? Lebih-lebih lagi bagi yang ingin mendirikan rumahtangga lepas raya ni. Penjagaan kulit mestilah menjadi keutamaan.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah kulit bersisik, kita boleh gunakan nanas. Buah nanas mengandungi bromelin. Bromelin ni sejenis enzim berkhasiat yang membantu pembentukan kolagen agar kulit sentiasa kenyal dan muda.

buah nanas petua atasi kulit bersisik
Nanas juga kaya dengan vitamin A dan C yang berguna menyingkirkan sel kulit mati, mempercepatkan proses pembentukan sel serta menghilangkan noda pada kulit muka. Paling penting, ia semestinya dapat mengatasi masalah kulit bersisik.

Petua kulit bersisik dengan nanas;

1. Sediakan 1/2 biji nanas.

2. Parut kesemua nanas tadi.

3. Gosokkan nanas yang telah diparut pada kulit yang bersisik ataupun mengelupas.

4. Kita boleh sapukannya pada waktu malam. Keesokan paginya, barulah dibasuh.

Amalkan rawatan ini setiap hari. Teruskan sehinggalah kulit bersisik tidak lagi bersisik. =)

Selamat Mencuba yea!

Cara Mencegah Uban Dengan Teh

Ada di antara kita yang masih muda remaja tapi dah tumbuh uban. Ia agak membimbangkan. Maklumlah muda-muda lagi rambut dah beruban. Tak rock arr cenggini.. Bila hal ini berlaku, ia menjejaskan penampilan kita. Secara tak langsung, tahap keyakinan diri pastinya menurun. Sebab selalunya rakan-rakan yang tak sayang mulut pasti akan mengenakan kita hanya kerana masalah ini. Huhuhu… Sedih, kan?
cara mencegah uban
Muda-muda dah beruban – keyseries.us
Sebenarnya, antara faktor tumbuhnya uban di usia muda kerana gaya hidup kita yang tidak sihat ataupun disebabkan tekanan.

Tapi, tak perlulah risau sangat. Ini kerana ada caranya untuk mencegah uban ni. Percayalah ia cukup mudah untuk diikuti serta diamalkan. Kita cuma perlukan;

~ 1 cawan teh pekat

~ 1 sudu kecil garam

Kemudian;

1. Masukkan garam ke dalam secawan teh pekat.

2. Kacau hingga sebati.

3. Curahkan perlahan-lahan teh masin tadi ke seluruh rambut.

4. Urut kepala secara lembut.

5. Setelah itu, biarkannya selama 1 jam.

6. Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk.

Ulangi cara di atas sebulan sekali. Dengan izin-Nya, kita boleh mencegah uban.

Selamat Mencuba!

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak

Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;

~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris

topeng muka berasaskan timun

Cara membuatnya;

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

Sekadar gambar hiasan

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.

7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.
Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea. Selamat Mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...