Cara Memikat Lelaki. Kali ini tip , ialah bagaimana memikat lelaki. Sudah tentu bila tanya lelaki, lelaki sendiri akan tahu apa yang lelaki suka dalam situasi seperti ini. Tips ini adalah ikhlas dari seorang lelaki yang amat bijak dalam menilai seorang wanita dari luaran dan dalaman. Bak kata, sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Mari kita teruskan..
First Impression
First Impression sudah tentu memainkan peranan yang penting dalam soal memikat. Perempuan perlu tahu pakaian apa yang perlu dipakai untuk memikat lelaki. Pakai dan lihat pada cermin, adakah ia ia nampak memikat, sopan dan yang paling penting nampak terserlah. Bagaimana cara ia terselah ialah, walaupun anda berada jauh dari pandangan seseorang lelaki, mereka sudah perasan kuwujudan anda. Situasi begini akan membuatkan lelaki ingin tahu siapa yang berpakaian begitu. Adakah dia cantik, kulit cantik dan sebagainya. Ha! inilah perasaan yang perempuan perlu wujudkan pada setiap lelaki yang belum pernah berjumpa dengan anda lagi.
Mudah Mesra
Jangan tunjuk ketegasan, jangan risaukan macam mana rupa anda. Jangan juga inginkan anda kesempurnaan (perfection). Tenang dan releks, buat biasa lawak-lawak sikit serta sentiasa senyum dan ketawa. Cuba bergurau ditahap sederhana walaupun baru berjumpa. Cuma jangan lebih-lebih sangat.
Gunakan Positif Body Language
Betulkan sudut badan anda terus pada si dia, duduk atau berdiri dengan posture badan yang tegak. Tentang mata anda dengan si dia apabila bercakap, ini menunjukkan kesungguhan anda berbual atau mendengar. Sentiasa senyum.
Pecahkan Sempadan Malu
Sentuh si dia di bahu atau lengan, sentuh dengan cepat dan lembut. Jangan menunjukkan ia macam pelik, anda cuma buat biasa sahaja. Cara yang mudah ini menguatkan keintiman antara anda dengan si dia.
Kadang-kadang lelaki yang akan memecahkan sempadan itu dengan menyentuh anda dahulu, tapi jika anda selesa, anda sentuh dia semula. Kalau boleh jangan biarkan mereka (lelaki) membuat first move, kerana perempuan aura yang lebih kuat bila ia mulakan sentuhan.
Salah satu cara nak memecahkan sempadan ialah dengan membezakan tangan anda masing-masing. Ini adalah cara yang comel untuk memecahkan sempadan.
Cara-cara lain yang berkesan ialah dengan membetul-betulkan baju si dia, menarik benang di baju si dia. Perkara-perkara begini akan membuatkan anda dan si dia merasa makin selesa sesuai.
Puji Si Dia
Berikan pujian yang membina dan ikhlas mengikut kesesuaian situasi masa itu. Biarkan si dia nampak anda menghargai segala apa yang dia lakukan. Apa yang penting, anda perlu puji benda yang anda betul-betul suka kerana ia akan menampakkan keikhlasan anda.
Tunjukkan Minat
Cuba mengenali si dia dengan bertanyakan tentang dia, apa dia minat, apa minat dia, kerja, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya
Bermakna, terdapat 101 cara bagaimana memikat lelaki yang anda boleh fikir dan huraikan sendiri mengikut kesesuaian anda dan si dia. Di sini kami cuma memicu idea yang boleh mendorong fikiran anda untuk pergi lebih jauh lagi. TL
Incoming search terms:
- lelaki minat perempuan macam mana
- bagaimana nak buat lelaki lebih menghargai kita?
- free cara memikat lelaki
- cara pikat wanita untuk sex
- pakaian untuk memikat lelaki
- rahsia nak pikat lelaki
- tips memikat lelaki
- sebab migraine
- tips tackle hati kekasih
- free cerita pikat lelaki